Thursday, November 19, 2009

Penjenayah disanjung, Polis disinggung......

ADA saja tindakan anggota polis yang tidak disenangi pihak tertentu. Apabila kadar jenayah meningkat, polis disalahkan dan dituduh tidak buat kerja. Polis dilabel makan gaji buta. Mereka juga dikatakan tidak peka.

Tindakan polis dari yang sekecil - kecil perkara sehinggalah kepada perkara - perkara yang besar seperti menangani jenayah dan rusuhan sering disalah ertikan oleh pelbagai pihak, jika berlakunya perkara - perkara yang tidak ingini di dalam proses tersebut.

Tetapi, yang paling menghairankan penulis dengan sikap segelintir rakyat kita dan NGO - NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia ini. Mereka hanya akan bersimpati dan marah - marah jika yang ditembak mati itu atau yang menjadi mangsa dalam proses mengamankan negara kita ini adalah penjenayah ataupun pelaku huru - hara itu....malahan memberi bantuan kepada mereka dan dengan segera mereka menempelak pasukan keselamatan. Dan jika tuduhan menyalahgunakan kuasa itu...adalah perkara biasa....

Tetapi....jika yang terkorban atau yang tercedera itu adalah mereka yang terdiri daripada anggota keselamatan yang berjuang dengan ikhlas mempertahankan keamanan negara....pandai pula NGO - NGO ini membisukan mulut dan mendiamkan diri dari melakukan apa2..jauh sekali menghulurkan bantuan kepada keluarga polis yang kehilangan tempat bergantung.....inilah hakikat yang perlu diterima..

Contoh yang paling sedih menimpa pemikiran rakyat Malaysia ialah...apabila terdapat segelintir yang memperjuangkan untuk membawa pulang Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke nagara kita atas alasan kemanusiaan...tidak terlintaskah di fikiran kita..betapa selama ini Chin Peng tidak pernah pun memikirkan hal kemanusiaan ketika beliau mengarahkan ahli - ahlinya menyembelih, menyeksa dan membunuh anggota pasukan keselamatan dan rakyat negara kita ketika itu. Inilah menteliti rakyat negara kita yang sering melupakan jasa. Bukan semua yang seperti ini, tetapi tindakan segelintir inilah yang mampu merosakkan keharmonian negara. Tidak kah mereka terfikir akan perasaan anggota - anggota keselamatan yang berjuang bermatian - matian sehingga ramai yang terkorban dan cacat akibat perbuatan mereka - mereka ini???.....

Inilah hakikat di negara kita..penjenayah dan perosak negara..sering dibela dan disanjung...sedangkan mereka yang berusaha mempertahakan kedaulatan dan keamanan negara disanggah dan dikiritik atas tindakan mereka. Diakui bahawa dengan jumlah anggota pasukan keselamatan yang ramai..pastinya terdapat segelintir yang gagal menjalankan amanah dengan baik...tetapi perlu diingat..di dalam "setandan pisang..tidak semuanya baik dan segar"...dan janganlah pula kerana " setiik nila, rosak susu sebelanga"......fikir - fikirkanlah......sekian...

Wednesday, November 18, 2009

Palestin mahu merdeka, Israel terus berdolak - dalih

Ketua perunding Palestin, Saeb Erakat pada ahad lalu (15/11), telah menyatakan komitmen dan hasrat seluruh rakyat Palestin untuk 'bertemu dengan Majlis Keselamatan untuk meminta pengiktirafan negara Palestin merdeka dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan sempadan pada Jun 1967'.

Kesungguhan ini dapat dilihat sebagai tanda kecewa mereka terhadap proses rundingan damai antara Palestin dan sebuah negara haram Israel yang tertangguh selama setahun. Penangguhan rundingan ini dari pandangan penulis, hanyalah satu helah dari sebuah negara haram Israel untuk melemahkan semangat penduduk Palestin yang selama ini terlalu mengharapkan untuk memiliki sebuah negara dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik dan aman dari gangguan dan pengusiran tidak bertamadun yang dilakukan oleh sebuah negara haram yang bernama Israel. Namun, walau apapun yang dilakukan oleh rejim zionis Israel, mereka perlu sedar bahawa rakyat Palestin merupakan satu bangsa yang begitu utuh semangatnya sehingga mereka mampu berjuang dengan darah dan air mata dan mereka sanggup berhadapan dengan tentera dan polis Israel dengan hanya bersenjatakan batu. Bangsa Palestin adalah bangsa yang tidak takut mati dan keyakinan mereka terhadap pembalasan baik yang dijanjikan Allah bagi mereka yang berjihad meningkatkan lagi semangat dan azam mereka untuk memperolehi kemerdekaan walaupun mereka perlu berjuang sehingga puluhan tahun lagi...

Mengapa kita perlu percaya dengan janji - janji keamanan dan rundingan damai yang ditaburkan oleh rejim zionis Israel? Sedangkan sudah terbukti dalam sejarah ..bahawa Bangsa Israel merupakan satu bangsa yang mementingkan diri sendiri dan kerap memungkiri janjinya???? dan sehingga kini, sikap mereka tidak pernah berubah...ini terbukti walaupun dalam proses rundingan, mereka terus menceroboh, mengusir dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Persoalannya sekarang....apakah yang berlaku kini adalah semata - mata kerana mereka ataupun akibat daripada kelemahan dan kemunduran Umat Islam seluruh dunia sehinggakan negara - negara barat begitu mudah mengambil kesempatan dan membodohkan kita? jawapannya adalah gabungan keduanya sekali....apa yang berlaku kini adalah kerana negara barat merasakan mereka begitu kuat dan juga ia berlaku kerana umat Islam kini berpecah, miskin dan mundur dalam semua bidang di dunia ini. Kemunduran ini adalah satu perkara yang sangat dibenci Oleh Islam. Nabi Muhammad sendiri menyatakan bahawa kemiskinan dan kemunduran mudah membawa kita kepada kekufuran....

Peranan OIC dan PBB dalam usaha menyelamatkan Palestin dari terus dikurung dan dikunyah oleh rejim zionis Israel sangat lemah dan dilihat kedua - dua badan ini semakin hilang taring. Begitu banyak resolusi dan draf untuk menyelamatkan Palestin yang disokong oleh banyak negara begitu mudah diveto oleh AS dan sehingga kini, Israel sangat selesa mendera rakyat Palestin dengan lindungan daripada sebuah negara koboi yang dinamakan AS.

Tiada cara lain lagi yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk menyelamatkan Rakyat Palestin selain daripada bersatu, memajukan diri, dan menjadi sebuah negara atau kesatuan yang dihormati dan didengar suara di peringkat dunia. Kekuatan politik, kestabilan ekonomi, perkembangan sains dan teknologi, kekuatan pertahanan, dan keimanan yang Kukuh kepada Allah, itulah yang kita perlukan dalam usaha menyelamatkan dan mengembalikan maruah rakyat Palestin khususnya dan umat islam keseluruhannya.....marilah kita berjuang bersama demi mengembalikan maruah umat Islam yang begitu rendah kini di mata dunia. Meletupkan diri, menjadi pengganas bukanlah satu kaedah yang baik untuk mengembalikan maruah kita, ia hanya akan menjadikan mereka lebih takut dan syak wasangka kepada kita. Tetapi berjuanglah dengan cara yang mulia, tuntutlah ilmu, majukan diri dan tunjukkanlah teladan yang baik. Itulah cara yang paling baik untuk mengembalikan maruah umat Islam dan dengan cara ini, mereka pasti akan lebih menghormati kita............

Menanti datangnya Salahudin Al-ayubi di dunia moden.....

Tuesday, November 17, 2009

Kekusutan umat Melayu dalam mencari kekuatan di tanah air sendiri....

Sejak berakhirnya PRU ke -12 yang lalu, dapat dilihat dan dapat dirasakan ,umat Melayu sudah kehilangan hampir segalanya di tanah air sendiri. Telah diketahui bahawa umat Melayu di Malaysia tidak menguasai sektor ekonomi sejak dahulu lagi. Dan apa yang ada di tangan kita sebelum PRU ke -12. iaitu kuasa politik juga hampir hilang disebabkan kesilapan kita sendiri. Ketamakan,kelemahan pentadbiran dan perpecahan serius di kalangan orang Melayu dalam tempoh itu hampir memakan diri sendiri.Begitu banyak tokoh - tokoh politik yang pada masa lalu gah di atas sana...tumbang akibat pukulan rakyat yang ketika ini sudah bijak pandai dan boleh berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh mereka di atas sana. Cara rakyat Malaysia menunjukkan protes dan kemarahan adalah sangat terpuji kerana melakukannya di peti undi tanpa sebarang kekecohan,dan hasil protes tersebut, telah memberikan tamparan dan pengajaran yang sangat berkesan pada kerajaan sehinggakan ramai pihak yang beranggapan kerajaan pusat yang dipilih dengan majoriti mudah akan tumbang pada bila - bila masa. Pada keika itu, negara dalam keadaan cemas, pelabur mula teragak - agak untuk melabur di Malaysia kerana khabar angin tentang jatuhnya kerajaan BN mula tersebar luas. Banyak negeri berubah pentadbirannya, itulah kesan akibat merasa selesa di singgahsana sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Dan, yang paling terkesan daripada keputusan PRU itu ialah bangsa Melayu, hasil PRU itu menunjukkan bangsa Melayu terpecah kepada 3 parti yang setiap satunya mempunyai aliran perjuangan yang berbeza. Adalah sangat menyedihkan apabila satu - satunya kuasa yang kita ada di tanah air kita sendiri hampir runtuh akibat tangan - tangan kita sendiri. Kita tidak perlu menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri. Bangsa lain semakin kuat, tapi kita, semakin terkebelakang pula...salah siapa? tentunya kita sendiri sedar ia adalah hasil kelemahan bangsa kita sendiri.....

Penulis mungkin terlalu muda dalam memberi pandangan ini, tetapi dari perspektif orang muda yang sayangkan bangsanya...kita perlu bangkit dan sedar bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang hebat pada satu ketika dahulu..dan tidak mustahil kita mampu bangkit dan sama majunya dengan bangsa - bangsa lain di dunia..apa yang diperlukan adalah..penyatuan..membuang sikap buruk sangka dan tanamkanlah semangat untuk maju. Berhentilah dengki-mendengki dan bersatulah.....demi kelangsungan bangsa Melayu....dan pada masa yang sama..eratkanlah perpaduan dengan bangsa - bangsa lain di Malaysia dengan satu hasrat untuk membangunkan negara supaya kehidupan kita menjadi lebih makmur dan baik. Buat pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, janganlah kita terus leka dengan kesenangan yang kita ada kini, kerana kesenangan yang kita kecapi kini mungkin tidak akan dikecapi lagi oleh anak cucu kita pada masa hadapan jika kita terus leka dan mengambil ringan tentang situasi tidak menentu yang menimpa umat Melayu kini. Bangkit dan berusahalah agar kita dapat maju dan berjaya. Segalanya dengan IzinNya jua....InsyaAllah....