Wednesday, November 18, 2009

Palestin mahu merdeka, Israel terus berdolak - dalih

Ketua perunding Palestin, Saeb Erakat pada ahad lalu (15/11), telah menyatakan komitmen dan hasrat seluruh rakyat Palestin untuk 'bertemu dengan Majlis Keselamatan untuk meminta pengiktirafan negara Palestin merdeka dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan sempadan pada Jun 1967'.

Kesungguhan ini dapat dilihat sebagai tanda kecewa mereka terhadap proses rundingan damai antara Palestin dan sebuah negara haram Israel yang tertangguh selama setahun. Penangguhan rundingan ini dari pandangan penulis, hanyalah satu helah dari sebuah negara haram Israel untuk melemahkan semangat penduduk Palestin yang selama ini terlalu mengharapkan untuk memiliki sebuah negara dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik dan aman dari gangguan dan pengusiran tidak bertamadun yang dilakukan oleh sebuah negara haram yang bernama Israel. Namun, walau apapun yang dilakukan oleh rejim zionis Israel, mereka perlu sedar bahawa rakyat Palestin merupakan satu bangsa yang begitu utuh semangatnya sehingga mereka mampu berjuang dengan darah dan air mata dan mereka sanggup berhadapan dengan tentera dan polis Israel dengan hanya bersenjatakan batu. Bangsa Palestin adalah bangsa yang tidak takut mati dan keyakinan mereka terhadap pembalasan baik yang dijanjikan Allah bagi mereka yang berjihad meningkatkan lagi semangat dan azam mereka untuk memperolehi kemerdekaan walaupun mereka perlu berjuang sehingga puluhan tahun lagi...

Mengapa kita perlu percaya dengan janji - janji keamanan dan rundingan damai yang ditaburkan oleh rejim zionis Israel? Sedangkan sudah terbukti dalam sejarah ..bahawa Bangsa Israel merupakan satu bangsa yang mementingkan diri sendiri dan kerap memungkiri janjinya???? dan sehingga kini, sikap mereka tidak pernah berubah...ini terbukti walaupun dalam proses rundingan, mereka terus menceroboh, mengusir dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Persoalannya sekarang....apakah yang berlaku kini adalah semata - mata kerana mereka ataupun akibat daripada kelemahan dan kemunduran Umat Islam seluruh dunia sehinggakan negara - negara barat begitu mudah mengambil kesempatan dan membodohkan kita? jawapannya adalah gabungan keduanya sekali....apa yang berlaku kini adalah kerana negara barat merasakan mereka begitu kuat dan juga ia berlaku kerana umat Islam kini berpecah, miskin dan mundur dalam semua bidang di dunia ini. Kemunduran ini adalah satu perkara yang sangat dibenci Oleh Islam. Nabi Muhammad sendiri menyatakan bahawa kemiskinan dan kemunduran mudah membawa kita kepada kekufuran....

Peranan OIC dan PBB dalam usaha menyelamatkan Palestin dari terus dikurung dan dikunyah oleh rejim zionis Israel sangat lemah dan dilihat kedua - dua badan ini semakin hilang taring. Begitu banyak resolusi dan draf untuk menyelamatkan Palestin yang disokong oleh banyak negara begitu mudah diveto oleh AS dan sehingga kini, Israel sangat selesa mendera rakyat Palestin dengan lindungan daripada sebuah negara koboi yang dinamakan AS.

Tiada cara lain lagi yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk menyelamatkan Rakyat Palestin selain daripada bersatu, memajukan diri, dan menjadi sebuah negara atau kesatuan yang dihormati dan didengar suara di peringkat dunia. Kekuatan politik, kestabilan ekonomi, perkembangan sains dan teknologi, kekuatan pertahanan, dan keimanan yang Kukuh kepada Allah, itulah yang kita perlukan dalam usaha menyelamatkan dan mengembalikan maruah rakyat Palestin khususnya dan umat islam keseluruhannya.....marilah kita berjuang bersama demi mengembalikan maruah umat Islam yang begitu rendah kini di mata dunia. Meletupkan diri, menjadi pengganas bukanlah satu kaedah yang baik untuk mengembalikan maruah kita, ia hanya akan menjadikan mereka lebih takut dan syak wasangka kepada kita. Tetapi berjuanglah dengan cara yang mulia, tuntutlah ilmu, majukan diri dan tunjukkanlah teladan yang baik. Itulah cara yang paling baik untuk mengembalikan maruah umat Islam dan dengan cara ini, mereka pasti akan lebih menghormati kita............

Menanti datangnya Salahudin Al-ayubi di dunia moden.....

2 comments:

  1. israel sepatutnya memberikan kemerdekaan kpd rakyat palestin...

    ReplyDelete
  2. Bukan patut memberi merdeka....tetapi patut keluar dari tanah haram yang dijajah..semua itu bukan milik mereka....

    ReplyDelete