Sejak berakhirnya PRU ke -12 yang lalu, dapat dilihat dan dapat dirasakan ,umat Melayu sudah kehilangan hampir segalanya di tanah air sendiri. Telah diketahui bahawa umat Melayu di Malaysia tidak menguasai sektor ekonomi sejak dahulu lagi. Dan apa yang ada di tangan kita sebelum PRU ke -12. iaitu kuasa politik juga hampir hilang disebabkan kesilapan kita sendiri. Ketamakan,kelemahan pentadbiran dan perpecahan serius di kalangan orang Melayu dalam tempoh itu hampir memakan diri sendiri.Begitu banyak tokoh - tokoh politik yang pada masa lalu gah di atas sana...tumbang akibat pukulan rakyat yang ketika ini sudah bijak pandai dan boleh berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh mereka di atas sana. Cara rakyat Malaysia menunjukkan protes dan kemarahan adalah sangat terpuji kerana melakukannya di peti undi tanpa sebarang kekecohan,dan hasil protes tersebut, telah memberikan tamparan dan pengajaran yang sangat berkesan pada kerajaan sehinggakan ramai pihak yang beranggapan kerajaan pusat yang dipilih dengan majoriti mudah akan tumbang pada bila - bila masa. Pada keika itu, negara dalam keadaan cemas, pelabur mula teragak - agak untuk melabur di Malaysia kerana khabar angin tentang jatuhnya kerajaan BN mula tersebar luas. Banyak negeri berubah pentadbirannya, itulah kesan akibat merasa selesa di singgahsana sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.
Dan, yang paling terkesan daripada keputusan PRU itu ialah bangsa Melayu, hasil PRU itu menunjukkan bangsa Melayu terpecah kepada 3 parti yang setiap satunya mempunyai aliran perjuangan yang berbeza. Adalah sangat menyedihkan apabila satu - satunya kuasa yang kita ada di tanah air kita sendiri hampir runtuh akibat tangan - tangan kita sendiri. Kita tidak perlu menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri. Bangsa lain semakin kuat, tapi kita, semakin terkebelakang pula...salah siapa? tentunya kita sendiri sedar ia adalah hasil kelemahan bangsa kita sendiri.....
Penulis mungkin terlalu muda dalam memberi pandangan ini, tetapi dari perspektif orang muda yang sayangkan bangsanya...kita perlu bangkit dan sedar bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang hebat pada satu ketika dahulu..dan tidak mustahil kita mampu bangkit dan sama majunya dengan bangsa - bangsa lain di dunia..apa yang diperlukan adalah..penyatuan..membuang sikap buruk sangka dan tanamkanlah semangat untuk maju. Berhentilah dengki-mendengki dan bersatulah.....demi kelangsungan bangsa Melayu....dan pada masa yang sama..eratkanlah perpaduan dengan bangsa - bangsa lain di Malaysia dengan satu hasrat untuk membangunkan negara supaya kehidupan kita menjadi lebih makmur dan baik. Buat pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, janganlah kita terus leka dengan kesenangan yang kita ada kini, kerana kesenangan yang kita kecapi kini mungkin tidak akan dikecapi lagi oleh anak cucu kita pada masa hadapan jika kita terus leka dan mengambil ringan tentang situasi tidak menentu yang menimpa umat Melayu kini. Bangkit dan berusahalah agar kita dapat maju dan berjaya. Segalanya dengan IzinNya jua....InsyaAllah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhh...satu pdagn yg pada saye ade wujud yer kebenarn yer di situ.....emmm....mcm mane nak wat owg atas sedar pasai hal nie erk???
ReplyDelete